1. Cuaca
Sila tengok ramalan cuaca
terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam hujan lebat, dan
plan untuk hiking hari ini seawal pagi, perlu di ingat trail besar kemungkinan
becak, berlumpur dan sedikit merbahaya.
2. Kasut
Guna kasut hiking yang sesuai
untuk kaki. Selalunya ini yang paling diabaikan oleh pendaki sepanjang
pemerhatian saya mendaki gunung atau bukit. Alasan seperti takde bajet atau
kasut murah pun takpe tidak boleh dipandang ringan. Tahukah kalian, kaki anda
merupakan anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?
3. Pakaian
Sekiranya mendaki di tempat yang
beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak sesuai sebab tidak
menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang menggunakan
material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan membolehkan
pendakian bertambah selesa.
4. Stamina
Sebelum memulakan pendakian,
adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang kurangnya
10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas
memulakan pendakian.
5. Makanan / Minuman
Adalah digalakkan mengambil
makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan pendakian. Jangan makan makanan
seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda pancit dan tiada tenaga untuk
mendaki.
Sediakan makanan ringan seperti
coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang
pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar
semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.
6. Masa
Perlu diingat, kita pergi mendaki
bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai pengalaman melalui satu
tempat baharu.
7. Sesi bergambar
Saat yang paling dinantikan oleh
para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak. Tapi jangan diabaikan
aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling GRAND.
8. Percakapan dan adab
Bila memulakan perjalanan,
bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan.
Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut jangan celupar.
Tunggu sehingga selesai
pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang berlaku sebelum itu.
9. Semangat setiakawan
Selalunya ramai yang pergi dalam
satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota mengambil berat keadaan teman2
lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan bukannya hanya mementingkan
diri sendiri untuk kepuasan peribadi.
10. Mental
Digalakkan pendaki untuk sentiasa
berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu mementingkan bila masa
nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan aspek mental
samada mampu atau tidak melakukannya.
No comments:
Post a Comment