Followers

Saturday, July 14, 2018

TIPS MENGURANGKAN PENAT SEMASA MENDAKI

Mendaki gunung kini telah menjadi tren bagi para remaja ketika ini. Mereka selalu mencari destinasi untuk menjalankan aktiviti mendaki gunung. Memang tidak boleh dinafikan bahawa rasa lelah pasti menjadi halangan semasa mereka mendaki gunung. Seorang pendaki pasti akan berasa letih semasa mereka mendaki gunung. Berikut ialah beberapa tips bagi anda untuk mengatasi rasa lelah saat mendaki gunung yaitu:
  • Persediaan fizikal.
  • Sebelum dan selepas anda mendaki seharusnya melakukan senaman atau latihan fizikal.
    Senaman mampu memulihkan otot dengan cepat dan mencegah terjadinya kejang. Jika anda terus melakukan pendakian tanpa latihan fizikal sebelumnya akan merasakan lenguh, kejang dan juga sakit otot. Lakukan pemanasan badan sebelum melakukan aktiviti dan gerak kendur selepas mendaki.
  • Istirahat sejenak
    Ambil masa seketika untuk berehat untuk memulihkan tenaga yang banyak digunakan.  Berehat sepenuhnya sama ada berbaring, duduk sambil berbual atau menikmati pemandangan yang indah.
  • Minum secukupnya
    Cara yang baik ialah minum 2 hingga 3 teguk air putih yang dapat menghilangkan dahaga kerana air yang dibawa biasanya terhad kerana mengurangkan beban semasa pendakian.
  • Lindungilah kulit anda dari sinar ultraviolet.
    Walaupun udara di pegunungan tergolong sejuk dan dingin, namun jangan sampai kulit anda terkena sinar matahari secara langsung. Apabila matahari terkena secara langsung akan menyebabkan cepat kehilangan air yang memungkinkan badan akan berasa cepat penat.
  • Membawa barang secukupnya
    Barang yang dibawa hanya untuk keperluan yang penting sahaja.  Jangan membawa banyak barang yang menyebabkan bertambahnya beban semasa mendaki.  Penat akan cepat berlaku kerana beban yang berlebihan.
  • Jarak bukanlah masalah
    Mengatasi rasa lelah saat mendaki gunung, jangan  memikirkan jarak. Banyak juga pendaki yang terburu-buru untuk sampai di puncak pendakian. Dari awal mendaki anda tidak perlu memikirkan berapa lama waktu anda untuk dapat sampai kepuncak. Nikmatilah suasana sekitar semasa pendakian,
  • Sediakan makanan secukupnya                                                                                Dapatkan makanan yang mampu mengembalikan tenaga anda. Misalkan coklat bar, pisang, kekacang dan sebarang makanan yang memberi tenaga segera..
  • Hindari pendakian solo
    Jangan bersendirian semasa mendaki.  Untuk berehat seketika pun, anda perlu berteman agar kepenatan dapat hilang dengan cepat apabila berehat sambil berbual-bual dengan kawan.
  • Elakkan makanan ringan.
    Jika anda sedang mendaki gunung hindarilah untuk anda makan segera. Ia akan mempercepatkan rasa penat kerana mudah berasa haus dan apabila pengambilan air yang banyak dalam perjalanan akan menyebabkan badan cepat berpeluh dan penat.

No comments:

Post a Comment